Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday

Kursus Asas Haji Ditangguh Sempena Pilihanraya

foto Kursus Asas Haji Ditangguh Sempena Pilihanraya

Kursus Asas Haji Ditangguh Sempena Pilihanraya Umum ke-13

asralenterprise.blogspot.com - KUALA LUMPUR: Kursus Asas Haji selama dua hari yang dijadualkan bermula 4 Mei ini ditangguhkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata bagaimanapun tarikh baharu belum diputuskan.

Kursus Asas Haji itu merupakan modul bimbingan haji bersepadu yang memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai tata cara menunaikan haji khususnya kepada bakal jemaah haji bagi tahun 2013/1434H.

Justeru, TH menasihatkan semua bakal jemaah haji supaya berhubung terus dengan cawangannya dan penganjur kursus berhampiran bagi memperoleh maklumat terkini mengenai tarihk, masa dan tempat kursus akan diadakan.

Bakal jemaah juga boleh berhubung terus dengan TH Contact Centre di talian 03-6207 1919.

Baca Selanjutnya......